Apakah maklumat yang diperlukan bagi pembayaran melalui Pindahan Dana Secara Elektronik (EFT)?

Berikut adalah maklumat yang diperlukan:

 

  • Nombor akaun bank; dan
  • Nombor Kad Pengenalan/Pasport (Untuk individu) atau No pendaftaran Syarikat (untuk pembekal)

 

Pihak bank juga telah mengaktifkan pengesahan nombor akaun dan nombor kad pengenalan/pasport untuk semua pembayaran melalui Pindahan Dana Secara Elektronik (EFT). Oleh itu, penerima mesti mengesahkan bahawa maklumat bank anda dalam sistem ini sepadan dengan maklumat bank. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan transaksi pembayaran tidak berjaya ke akaun anda.

Apakah kaedah pembayaran yang digunakan dalam proses pembayaran?

Pindahan Dana Secara Elektronik (EFT digunakan untuk semua pembayaran kecuali Panjar Wang Runcit (Petty Cash) yang akan dibayar dengan menggunakan Cek.

Berapa lama masa yang diambil untuk pembayaran diproses?

Pembayaran akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap di Bendahari dan/atau Unit Kewangan PTj (jika berkenaan).

  • Terakhir dikemaskini pada 17 May 2024.
  • Hits: