Telefon: +603 7967 3433 / 7819 / 7074 / 7941 | Emel: bendahari@um.edu.my

Tentang Kami

Tentang Kami

TENTANG F1RST

F1RST (Sistem Sokongan Maklumat Kewangan) ialah sistem sokongan kewangan bagi menggantikan Sistem Pengurusan Perolehan & Pembayaran (E-perolehan) UM sedia ada. Universiti sedang membangunkan sistem sokongan kewangan baharu yang menyokong perlaksanaan aktiviti kewangan seperti belanjawan, perolehan dan pengurusan pembayaran dengan berkesan.

Sistem baru ini diperlukan bagi pembangunan berterusan dan memenuhi keperluan pemegang taruhnya pada masa kini dan akan datang. Universiti juga telah mengharungi pelbagai cabaran dalam memastikan kesiapsediaan sistem F1RST ini. Pembangunan ini direalisasikan menggunakan kepakaran dan kemahiran dalaman Universiti.

TITIK TOLAK KEPADA PERUBAHAN

Faktor utama yang mendorong pelaksanaan F1RST adalah disebabkan oleh jangka hayat sistem semasa yang telah usang. Sistem semasa memerlukan banyak penambahbaikan, penyelenggaraan dan sokongan. Pelaksanaan sistem ini memberi kelebihan kepada UM untuk menggunakan teknologi terkini, sekaligus meningkatkan urusan operasi ke arah perkhidmatan kewangan yang cemerlang. UM juga memberi penekanan terhadap penggunaan sistem ini supaya dapat meningkatkan lagi kecekapan pengoperasian dan menjimatkan kos.

Projek ini bertujuan untuk:

  • Menangani risiko kebergantungan kepada sistem perolehan dan pengurusan pembayaran yang telah usang.
  • Menggantikan sistem sedia ada dengan keperluan semasa dan masa hadapan dengan memberi penekanan terhadap fungsi baru dalam proses belanjawan, perolehan dan pengurusan pembayaran.
  • Penyusunan dan penghapusan proses/aliran kerja yang tidak perlu, dokumentasi dan penjimatan kos sokongan dan penyelenggaraan.
  • Terakhir dikemaskini pada 21 Sep 2022.
  • Hits :