NOTIS TAWARAN PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYA - UM.TNC4/JHB/BA/634/2025/F/KK12 TAWARAN BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN KEDAI FOTOKOPI DI KOLEJ KEDIAMAN DR RAJA NAZRIN SHAH (KK12), UNIVERSITI MALAYA

Tawaran adalah dipelawa kepada mana-mana PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) ATAU AKTA KOPERASI DAN BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) DALAM KOD BIDANG 222010  – PERKHIDMATAN FOTOSTAT bagi menjalankan perkhidmatan fotokopi di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12), Universiti Malaya.

Dokumen tawaran boleh diteliti dan dibeli di Kaunter Bahagian Pengurusan Penginapan & Fasiliti, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya, Kuala Lumpur mulai 10 Februari 2025 (Isnin).

Pembekal/kontraktor mestilah berdaftar dengan pihak Universiti Malaya secara online di UM Procurement & Payment Management System di laman sesawang https://vendor.um.edu.my.

Dokumen tawaran ini boleh dibeli dengan bayaran sebanyak RM30.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Ringgit Sahaja) dan pembayaran di buat melalui Sistem E-Pay@UM di laman sesawang https://epay.um.edu.my 

Pembekal dikehendaki mengemukakan salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) semasa pembelian dokumen tawaran.

Sesi lawatan tapak/taklimat Tawaran Perkhidmatan (diwajibkan) akan diadakan pada 10 Februari 2025 (Isnin) jam (10.00 pagi) di Kedai Fotokopi, Kolej Kediaman Dr Raja Nazrin Shah (KK12). Pembekal yang berminat, dikehendaki menghubungi Cik Nurafiqah Mohd Ridzuan Arul / Pn Noor Aida Muhamad daripada Bahagian Pengurusan Penginapan & Fasiliti, JHEP di talian 03-7967 3563. Penawar Perkhidmatan dikehendaki mengemukakan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang masih sah (valid) semasa lawatan tapak. Hanya Penama di dalam Sijil yang dibenarkan untuk menyertai lawatan tapak.

Pembekal yang memerlukan penjelasan lanjut boleh menghubungi:

(i) Bahagian Pengurusan Penginapan & Fasiliti, JHEP - 03-7967 3563
(ii) Jabatan Harta Benda, (JHB)  – 03 7967 4695 

Tarikh tutup ialah pada 24 Februari 2025 (Isnin) tepat jam 12.00 tengah hari. Dokumen Tawaran Perkhidmatan yang lewat dikemukakan tidak akan dipertimbangkan.

Muat Turun

  1. TEMPLATE IKLAN 634-2025-F.pdf (151KB)
  • Terakhir dikemaskini pada 5 Feb 2025.
  • Hits: 20905