IKLAN TAWARAN BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN MEDAN SELERA NO.1, KOLEJ KEDIAMAN KINABALU (KK8) UNIVERSITI MALAYA

NOTIS TAWARAN PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYA  

UM.TNC4/JHB/BA/634/2024/KK8/M1 TAWARAN BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN PREMIS MAKANAN DI MEDAN SELERA NO. 1, KOLEJ KEDIAMAN KINABALU (KK8), UNIVERSITI MALAYA.

Tawaran adalah dipelawa kepada mana-mana PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) ATAU AKTA KOPERASI DAN BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) DALAM KOD BIDANG 040103  – MAKANAN BERMASAK (ISLAM) SAMA ADA BERTARAF BUMIPUTERA ATAU BUKAN BUMIPUTERA bagi menjalankan perkhidmatan premis makanan di Medan Selera No. 1, Kolej Kediaman Kinabalu (KK8), Universiti Malaya.

Dokumen tawaran boleh diteliti dan dibeli di Kaunter Bahagian Pengurusan Penginapan & Fasiliti, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya, Kuala Lumpur mulai 06 November 2024 (Rabu).

Pembekal/kontraktor mestilah berdaftar dengan pihak Universiti Malaya secara online di UM Procurement & Payment Management System di laman sesawang https://vendor.um.edu.my.

Dokumen tawaran ini boleh dibeli dengan bayaran sebanyak RM30.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Ringgit Sahaja) dan pembayaran di buat melalui Sistem E-Pay@UM di laman sesawang https://epay.um.edu.my 

Pembekal dikehendaki mengemukakan salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) semasa pembelian dokumen tawaran.

Sesi lawatan tapak/taklimat Tawaran Perkhidmatan (diwajibkan) akan diadakan pada 06 November 2024 (Rabu), jam (10.00 pagi) di Medan Selesa No.1, Kolej Kediaman Kinabalu (KK8). Pembekal yang berminat, dikehendaki menghubungi Cik Nurafiqah Mohd Ridzuan Arul / Puan Noor Aida Muhamad daripada Bahagian Pengurusan Penginapan & Fasiliti, JHEP di talian 03-7967 3563. Penawar Perkhidmatan dikehendaki mengemukakan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang masih sah (valid) semasa lawatan tapak. Hanya Penama di dalam Sijil yang dibenarkan untuk menyertai lawatan tapak.

Pembekal yang memerlukan penjelasan lanjut boleh menghubungi:-

  1. Bahagian Pengurusan Penginapan & Fasiliti, JHEP - 03-7967 3563
  2. Jabatan Harta Benda, (JHB)  – 03 7967 6830 / 4695

Tarikh tutup ialah pada 20 November 2024 (Rabu) tepat jam 12.00 tengah hari. Dokumen Tawaran Perkhidmatan yang lewat dikemukakan tidak akan dipertimbangkan.

  • Terakhir dikemaskini pada 30 Oct 2024.
  • Hits: 3422