IKLAN TAWARAN BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN FOTOKOPI DI AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA
UM.TNC4/JHB/BA/757/F/APM TAWARAN BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN KEDAI FOTOKOPI DI AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA.
Tawaran adalah dipelawa kepada mana-mana PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) ATAU AKTA KOPERASI DAN BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) DALAM KOD BIDANG 222010 – PERKHIDMATAN FOTOSTAT bagi menjalankan perkhidmatan fotokopi di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Pembekal/kontraktor mestilah berdaftar dengan pihak Universiti Malaya secara online di Sistem F1RST UM di laman sesawang https://first.um.edu.my.
Sesi lawatan/taklimat Tawaran Perkhidmatan (WAJIB HADIR) akan diadakan pada 14 Mac 2025 (Jumaat) jam (10.00 pagi) di Kedai Fotokopi, Akademi Pengajian Melayu dan tempat berkumpul adalah di Pejabat Dekan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Pembekal yang berminat, dikehendaki menghubungi Akademi Pengajian Melayu di talian 03-79677213. Penawar Perkhidmatan dikehendaki mengemukakan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang masih sah (valid) semasa lawatan tapak. Hanya Penama di dalam Sijil yang dibenarkan untuk menyertai lawatan tapak.
Pembekal yang memerlukan penjelasan lanjut boleh menghubungi:
(i) Akademi Pengajian Melayu - 03-7967 7213
(ii) Jabatan Harta Benda, (JHB) – 03 7967 4695
Tarikh tutup ialah pada 28 Mac 2025 (Jumaat) tepat jam 12.00 tengah hari. Pembekal yang berminat diminta untuk memuat turun Dokumen Tawaran Perkhidmatan dan mengembalikannya kepada pihak Akademi Pengajian Melayu sebelum tarikh tutup tawaran. Dokumen yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Muat Turun
- Terakhir dikemaskini pada 7 Mar 2025.
- Hits: 767559