IKLAN TAWARAN BAGI MEMBAIK PULIH DAN MENGENDALIKAN OPERASI KANTIN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA
UM.TNC4/JHB/BA/DT/K/API TAWARAN BAGI MEMBAIK PULIH DAN MENGENDALIKAN OPERASI KANTIN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA
Tawaran adalah dipelawa kepada mana-mana pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 040103 – makanan bermasak (Islam) sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera bagi mengendalikan operasi kantin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Pembekal/kontraktor mestilah berdaftar dengan pihak Universiti Malaya secara online di laman sesawang https://first.um.edu.my.
Dokumen tawaran ini boleh dicetak melalui Sistem First UM di laman sesawang https://first.um.edu.my bermula 10 April 2025 selepas lawatan tapak.
Pembekal dikehendaki mengemukakan salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) semasa lawatan tapak.
Sesi lawatan tapak/taklimat Tawaran Perkhidmatan (diwajibkan) akan diadakan pada 10 April 2025 (Khamis) jam (10.00 pagi) di Kantin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Pembekal yang berminat, dikehendaki menghubungi Akademi Pengajian Islam di talian 03-7967 6167. Hanya Penama di dalam Sijil yang dibenarkan untuk menyertai lawatan tapak.
Pembekal yang memerlukan penjelasan lanjut boleh menghubungi:
(i) Akademi Pengajian Islam – 03-7967 6167
(ii) Jabatan Harta Benda, (JHB) – 03 7967 4695
Tarikh tutup ialah pada 24 April 2025 (Khamis) tepat jam 12.00 tengah hari. Dokumen Tawaran Perkhidmatan yang lewat dikemukakan tidak akan dipertimbangkan.
Muat Turun
- Terakhir dikemaskini pada 26 Mar 2025.
- Hits: 527815