ADDENDUM DAN PELANJUTAN TARIKH TUTUP TENDER UM.FC/FSD/PC/612/16/2025/37 (GB/J297/2025/05/1877)
KEPADA SEMUA PETENDER
Tuan/Puan,
NO. RUJUKAN TENDER : UM.FC/FSD/PC/612/16/2025/37 (GB/J297/2025/05/1877)
TAJUK TAWARAN : PENGGANTIAN PERKAKASAN KESELAMATAN SIBER – SERVER FARM FIREWALL - HA WITH 40GB SUPPORT OLEH JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (JTM), UNIVERSITI MALAYA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan, terdapat addendum bagi dokumen tender bagi perolehan tersebut khususnya Lampiran 5. Jadual Penentuan Harga yang telah dimuat naik pihak kami dalam sistem FIRST.
3. Selaras dengan itu, pihak kami telah menyediakan Addendum No. 1 yang melibatkan perubahan kepada perkara-perkara berikut:
PUSATPEROLEHAN, JABATAN PERKHIDMATAN KEWANGAN, PEJABAT BENDAHARI, UNIVERSITI MALAYA | |||
|---|---|---|---|
| ITEM | KETERANGAN (DOKUMEN ASAL) | MUKASURAT ASAL | ADDENDUM (MUKA SURAT PINDAAN) |
| 1 | Lampiran 5. Jadual Penentuan Harga MS 42 Bil Item No.2.4
| 42 | Sila gantikan kepada muka surat – 42 (ADDENDUM NO. 1) |
3. Untuk makluman tuan, Addendum No. 1 ini akan menjadi sebahagian daripada Dokumen Tender. Oleh itu tuan dikehendaki mengemukakan Addendum No. 1 beserta dengan Surat Akuan Penerimaan Addendum ini bersama dengan dokumen tender tuan. Maklumat addendum ini juga perlu dimuat naik dalam sistem FIRST di bawah Tab Maklumat Tambahan.
4. Selain itu, tarikh tutup tender telah dilanjutkan sehingga 5 Januari 2026, (Isnin). Mana-mana tender yang tidak menepati arahan yang telah dinyatakan akan ditolak dan tidak layak dipertimbangkan.
5. Sila kembalikan Akuan Penerimaan Addendum No. 1 yang disertakan ke pejabat ini dengan kadar segera melalui e-mel kepada Puan Azte Ervinna Binti Che Azman (ervinna@um.edu.my) atau unit_perolehan@um.edu.my.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
MOHD ANIES BIN SAZALI
Pengarah,
Pusat Perolehan
Muat Turun
- Terakhir dikemaskini pada 29 Dec 2025.
- Hits: 156040

