PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BANK BAGI TUJUAN BAYARAN

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bank kini telah mengaktifkan semakan dua penjuru iaitu nombor akaun dan nombor kad pengenalan/pasport (terkini) bagi semua pembayaran melalui pindahan elektronik (Electronic Fund Transfer (EFT)).

 

Oleh itu, mohon kerjasama semua untuk menyemak maklumat masing-masing dan mengambil tindakan samada di bank ataupun di dalam portal pembekal untuk memastikan keselarasan maklumat seperti yang tertera di dalam portal pembekal dengan bank masing-masing. Tindakan ini adalah penting bagi mengelakkan kegagalan pihak bank memproses bayaran ke dalam akaun tuan/puan. Maklumat yang perlu disemak adalah seperti berikut:

 

  • Nombor akaun bank; dan
  • Nombor pendaftaran syarikat/kad pengenalan/passport (terkini).

 

Sekiranya terdapat perubahan maklumat, tuan/puan boleh membuat pengemaskinian dalam portal berkaitan atau berhubung dengan pihak bank tuan/puan untuk kemaskini rekod. Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

Terima kasih.

  • Terakhir dikemaskini pada 22 Jan 2024.
  • Hits: 436343