NOTIS TAWARAN PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN [REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)] UNIVERSITI MALAYA - PROJEK NAIK TARAF DAN PENJENAMAAN SEMULA PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK UM (PPAKKUM)

UM.TNCP4/JHB/RFP/PPAKKUM – RFP : PROJEK NAIK TARAF DAN PENJENAMAAN SEMULA PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK UM (PPAKKUM)

Tawaran adalah dipelawa kepada mana-mana syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 atau Akta Koperasi 1993. Syarikat wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Dokumen tawaran akan dihantar melalui emel kepada Syarikat Pencadang yang menghadiri taklimat dan lawatan tapak sahaja mulai 28 Februari 2025 (Jumaat).

Pencadang dikehendaki mengemukakan salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM).

Sesi lawatan tapak/taklimat RFP (WAJIB HADIR) akan diadakan pada 20 Februari 2025 (Khamis), jam (10.00 pagi) di Auditorium, Aras Bawah, Jabatan Harta Benda, Universiti Malaya

Pencadang yang berminat, dikehendaki menghubungi (PIC), Encik Mohammad Zainuddin Borhan, Ketua Bahagian Aset, Jabatan Harta Benda atau Puan Siti Aishah Jamil, Bahagian Aset, Jabatan Harta Benda di talian 03 – 7967 6949

Pencadang dikehendaki mengemukakan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) yang masih sah (valid) semasa lawatan tapak. Hanya Penama di dalam Sijil atau wakil yang mempunyai surat perakuan atau kebenaran sahaja yang dibenarkan untuk menyertai lawatan tapak.

Pencadang yang memerlukan penjelasan lanjut boleh menghubungi:-

(i) Encik Mohammad Zainuddin Borhan, Ketua Bahagian Aset, Jabatan Harta Benda di talian 03 – 7967 6949
(ii) Puan Siti Aishah Jamil, Bahagian Aset, Jabatan Harta Benda – 03 7967 6296

Tarikh tutup ialah pada 28 Mac 2025 (Jumaat) tepat jam 12.00 tengah hari. Dokumen RFP yang lewat dikemukakan tidak akan dipertimbangkan.

Muat Turun

  1. TEMPLATE IKLAN 2025-002.pdf (186KB)
  • Terakhir dikemaskini pada 18 Feb 2025.
  • Hits: 7670