Apa Itu Tax Compliance Certificate (TCC)?
  • TCC adalah dokumen prasyarat yang perlu dikemukakan oleh pembayar cukai/ pembida semasa membuat permohonan perolehan Kerajaan.
  • Dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Bagaimana Mendapatkan TCC?
  1. Log masuk ke Portal MyTax (https://mytax.hasil.gov.my)
  2. Semak TCC di menu Status MyTax
  3. Jika status “Patuh”, cetak /muat turunTCC
  4. Jika status “Tidak Patuh”, ambil tindakan penyelesaian terlebih dahulu
Adakah UM mengenakan yuran bagi pengaktifan pendaftaran pembekal?

Tidak, UM tidak mengenakan yuran bagi pengaktifan bagi pendaftaran pembekal. UM mengenakan fi perkhidmatan bagi pembekal yang berjaya berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan tertakluk kepada pindaaan dari semasa ke semasa. Kadar fi dikenakan seperti berikut: 

  1. Kontrak Bukan Bermasa (one-off payment) - Kadar Fi Perkhidmatan sebanyak 0.8% dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih.
  2. Kontrak Bermasa (multiple payment) - Kadar Fi Perkhidmatan sebanyak 0.4% dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih.
  3. Fi Perkhidmatan akan dikira selepas potongan ke atas Invois pembekal seperti penalti, royalti, denda dan lain-lain potongan bagi transaksi tersebut (sekiranya ada).
  • Terakhir dikemaskini pada 12 Sep 2025.