Adakah UM mengenakan yuran bagi pengaktifan pendaftaran pembekal?
Tidak, UM tidak mengenakan yuran bagi pengaktifan bagi pendaftaran pembekal. UM mengenakan fi perkhidmatan bagi pembekal yang berjaya berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan tertakluk kepada pindaaan dari semasa ke semasa. Kadar fi dikenakan seperti berikut:
- Kontrak Bukan Bermasa (one-off payment) - Kadar Fi Perkhidmatan sebanyak 0.8% dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih.
- Kontrak Bermasa (multiple payment) - Kadar Fi Perkhidmatan sebanyak 0.4% dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih.
- Fi Perkhidmatan akan dikira selepas potongan ke atas Invois pembekal seperti penalti, royalti, denda dan lain-lain potongan bagi transaksi tersebut (sekiranya ada).
- Terakhir dikemaskini pada 25 Apr 2025.