Apakah yang perlu dipertimbangkan dalam penyediaan belanjawan tahunan?

Faktor-faktor berikut harus diambilkira dalam proses penyediaan belanjawan tahunan:

  1. Komitmen semasa yang perlu dibayar pada tahun hadapan.
  2. Komitmen bagi kontrak berkala seperti penyewaan mesin fotostat dan lain-lain.
  3. Aktiviti/program yang diluluskan pada tahun semasa dan perlu diadakan pada tahun berikutnya.
  4. Perjalanan tugas rasmi dalam dan luar negara adalah mengikut keperluan sahaja dengan penyertaan bilangan pegawai yang minimum dan kaedah perjalanan yang menjimatkan.
  5. Aktiviti/ program yang memerlukan pematuhan piawaian/akta.
  6. Acara rasmi/ mesyuarat/ persidangan/ bengkel yang diuruskan setiap tahun dengan penganjuran secara bersederhana.
  7. Keahlian dalam badan/agensi profesional yang perlu dibayar setiap tahun.
  8. Keperluan latihan, pembangunan kerjaya staf dan faedah lain untuk staf.
  9. Bekalan untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan pentadbiran.
  10. Utiliti seperti telekomunikasi, elektrik, dan air.
  11. Perolehan aset hendaklah dibuat secara sewa beli sekiranya ia memberi manfaat kepada Universiti.
  12. Lesen, penyelenggaraan sistem, pangkalan data, pelayan, dan perbelanjaan ICT lain yang berkaitan.
  13. Penyelenggaraan kemudahan atau ruang universiti yang boleh menjejaskan operasi PTj/Jabatan.
  14. Perbelanjaan rasmi untuk keperluan Ketua PTj seperti keraian, elaun telefon, tuntutan perjalanan dan lain-lain.
  15. Perbelanjaan rasmi lain PTj/jabatan
Apakah perbezaan Dasar Sedia Ada , Dasar Baru dan Dasar One-Off ?
BilKomponenDefinisi
1.

Dasar Sedia Ada (DSA)

 

 

 

 

Ia merujuk kepada semua program/aktiviti yang dijalankan pada tahun semasa (kecuali One-Off) yang telah mendapat kelulusan Perbendaharaan atau pihak-pihak lain seperti Jemaah Menteri.

Contoh-contoh DSA adalah seperti berikut:

  • Emolumen
  • Pembayaran utiliti bagi kemudahan sedia ada
  • Kos yang berkaitan bagi kursus dan program yang sedang dijalankan

2.

 

Dasar Baru (DB)

Merupakan program/aktiviti baru termasuk tambahan, sambungan atau perluasan kepada dasar yang sedia ada.

Contoh-contoh DB adalah seperti berikut:

  • Perluasan Pelanggan/ Pertambahan Pelajar
  • Penyelenggaraan ruang baru
  • Pertambahan kampus baru
  • Perluasan skop kerja / Penawaran kursus/Program akademik yang baru
3.One-Off (OO)

Merupakan sesuatu perbelanjaan yang luar biasa, tidak dapat dielakkan dan merupakan     perbelanjaan yang bukan berulang tiap-tiap tahun.

Contoh-contoh perbelanjaan OO adalah seperti berikut:

  • Perolehan peralatan/aset
  • Perolehan kenderaan
  • Kerja-kerja pengubahsuaian / naik taraf kemudahan
  • Kos perpindahan dari satu kampus ke kampus yang lain
Apakah kitaran belanjawan mengurus?

Berikut adalah aktiviti yang i dijadualkan berlangsung dalam proses penyediaan belanjawan tahunan:

BulanAktiviti
September/OktoberPenyediaan Belanjawan oleh PTj
Oktober/NovemberSemakan, analisa dan pengesyoran oleh Jabatan Bendahari
NovemberPembentangan bajet di peringkat Universiti.
DisemberKelulusan  dan pengagihan peruntukan tahunan kepada PTj
  • Terakhir dikemaskini pada 3 May 2024.
  • Hits: