NOTIS TAWARAN BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN PREMIS MAKANAN DI MEDAN SELERA NO.2 (T09), KOLEJ KEDIAMAN TUN SYED ZAHIRUDDIN (KK9), UNIVERSITI MALAYA
NOTIS TAWARAN PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYA
UM.TNC4/JPUB/PPRK/804/2026/PM/MS2/KK9 TAWARAN BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN PREMIS MAKANAN DI MEDAN SELERA NO.2 (T09), KOLEJ KEDIAMAN TUN SYED ZAHIRUDDIN (KK9), UNIVERSITI MALAYA
Tawaran adalah dipelawa kepada mana-mana PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) ATAU AKTA KOPERASI DAN BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) DALAM KOD BIDANG 040103 – MAKANAN BERMASAK (ISLAM) SAMA ADA BERTARAF BUMIPUTERA ATAU BUKAN BUMIPUTERA bagi memasuki tawaran bagi menjalankan perkhidmatan premis makanan di Medan Selera No.2 (T09), Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin (KK9), Universiti Malaya.
Pembekal/kontraktor mestilah berdaftar dengan pihak Universiti Malaya secara online di Sistem F1RST UM di laman sesawang https://first.um.edu.my.
Sesi lawatan tapak/taklimat Tawaran Perkhidmatan (diwajibkan) akan diadakan pada 02 September 2026 (Rabu) jam (11.00 pagi). Tempat berkumpul adalah di Medan Selera No.2 (T09), Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin (KK9). Penawar Perkhidmatan dikehendaki mengemukakan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang masih sah (valid) semasa lawatan tapak. Hanya Penama di dalam Sijil yang dibenarkan untuk menyertai lawatan tapak.
Pembekal yang memerlukan penjelasan lanjut boleh menghubungi:
(I) Jabatan Strategik & Ekosistem Penginapan Pelajar (Puan Noor Aida dan Puan Nurin Faqihah) – 03-7967 3563
(II) Jabatan Perniagaan dan Usaha Baru (Puan Jawariah atau Puan Alyiana) – 03-2246 3441 / 3440
Tarikh tutup ialah pada 10 September 2026 (Khamis) tepat jam 12.00 tengah hari. Dokumen Tawaran Perkhidmatan yang lewat dikemukakan tidak akan dipertimbangkan.
Muat Turun
- Terakhir dikemaskini pada 24 Aug 2026.
- Hits: 159

