MAKLUMAN KEPADA WARGA UM - PELAKSANAAN SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE – TCC) BAGI SEMUA KAEDAH PEROLEHAN DI UNIVERSITI MALAYA

YBhg. Datuk/Dato’/Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan,

PELAKSANAAN SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE – TCC) BAGI SEMUA KAEDAH PEROLEHAN DI UNIVERSITI MALAYA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) melalui surat pekeliling bertarikh 24 Jun 2025, telah mengumumkan penguatkuasaan sepenuhnya arahan pengemukaan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Complience Certificate - TCC) sebagai syarat tambahan wajib dalam dokumen tawaran perolehan Kerajaan. 

3.         Pengemukaan TCC diwajibkan bagi semua kaedah perolehan di bawah semua kategori bekalan, perkhidmatan (perunding dan bukan perunding) dan kerja, sama ada secara manual ataupun melalui sistem. Sila rujuk Infografik Sijil Pematuhan Cukai – Panduan Ringkas Untuk Warga UM yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.

4.          Lanjutan daripada penguatkuasaan tersebut, pihak PTj/Jabatan hendaklah memastikan pembekal yang dipilih telah melaksanakan tindakan berikut:

(i)      Mempunyai TCC berstatus ‘Patuh’ dan masih sah;
(ii)     Mengemaskini maklumat TCC pada Profil Syarikat dalam Sistem F1RST;
          (Profil Syarikat > Maklumat Cukai > Tambah Rekod Baru > Jenis Cukai – TCC)
(iii)    Memuatnaik TCC semasa menyertai proses bidaan.

5.         Untuk makluman, status kepatuhan dan sah laku TCC pembekal perlu disemak semasa peringkat pembayaran. Justeru itu, sekiranya status TCC pembekal adalah tidak ‘Patuh’ atau tidak sah, kelulusan perlu ditangguhkan sehingga pembekal membuat pengemaskinian maklumat.

 6.         Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Pejabat Bendahari seperti butiran berikut:

Bil.PerkaraEmelTelefon
1.Urusan berkaitan Perolehan dan Pembekalunit_perolehan@um.edu.my7967 4660 / 6966 / 6967 / 6965
2.Urusan Pembayaranbursar_payment@um.edu.my7967 3403 / 7753 / 7005 / 3527

Sekian, terima kasih

b.p.
Bendahari
Universiti Malaya

Muat Turun

  1. TCC - PANDUAN RINGKAS UNTUK WARGA UM.pdf (2.09MB)
  2. SURAT PELAKSANAAN SIJIL PEMATUHAN CUKAI.pdf (528KB)
  • Terakhir dikemaskini pada 2 Sep 2025.
  • Hits: 19694