MAKLUMAN KEPADA PEMBEKAL - PELAKSANAAN SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE – TCC) BAGI SEMUA KAEDAH PEROLEHAN DI UNIVERSITI MALAYA (UM)
Semua Pembekal Yang Berdaftar
Tuan/Puan,
PELAKSANAAN SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE – TCC) BAGI SEMUA KAEDAH PEROLEHAN DI UNIVERSITI MALAYA (UM)
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Kementerian Kewangan (MOF) melalui surat pekeliling bertarikh 24 Jun 2025 telah mengumumkan penguatkuasaan sepenuhnya arahan pengemukaan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Complience Certificate - TCC) sebagai syarat tambahan wajib dalam dokumen tawaran perolehan Kerajaan mulai 1 Julai 2025.
3. Pengemukaan TCC diwajibkan bagi semua kaedah perolehan di bawah semua kategori bekalan, perkhidmatan (perunding dan bukan perunding) dan kerja, sama ada secara manual ataupun melalui sistem.
4. Selaras dengan penguatkuasaan tersebut, semua pembekal yang berdaftar dengan UM adalah diminta untuk mengambil tindakan berikut:
(i) Memastikan status TCC adalah ‘Patuh’ dan masih sah;
(ii) Mengemaskini maklumat TCC pada Profil Syarikat dalam Sistem F1RST;
(Profil Syarikat > Maklumat Cukai > Tambah Rekod Baru > Jenis Cukai – TCC)
(iii) Memuatnaik TCC semasa menyertai proses bidaan.
Sila rujuk Infografik Sijil Pematuhan Cukai – Panduan Ringkas Untuk Pembekal seperti yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.
5. Untuk makluman, kegagalan mengemukakan TCC atau pengemukaan TCC yang tidak sah (tamat tempoh/ palsu) akan menyebabkan status pematuhan dokumen ditetapkan sebagai “Gagal” dan tawaran tidak layak dinilai ke peringkat seterusnya. Status sah laku TCC syarikat akan turut disemak semasa peringkat pembayaran dan kegagalan membuat pengemaskinian boleh mengakibatkan urusan pembayaran tertangguh.
6. Perhatian dan kerjasama semua berhubung perkara ini amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Bendahari seperti butiran berikut:
Bil. | Perkara | Emel | Telefon |
1. | Urusan berkaitan Perolehan dan Pembekal | unit_perolehan@um.edu.my | 03 - 7967 4660/ 6966/ 6967 |
2. | Urusan Pembayaran | bursar_payment@um.edu.my | 03 - 7967 3403/ 7753/ 7005/ 3527 |
Sekian, terima kasih.
b.p.
Bendahari
Universiti Malaya
Muat Turun
- Terakhir dikemaskini pada 2 Sep 2025.
- Hits: 90245